Wednesday, January 28, 2015

B.R.A.C.E.S OFF RETAINER ON!

 B.R.A.C.E.S OFF

Kelmarin tepat jam 4.10 pm adalah permulaan baru bagi gigi aku. kenapa? sebab akhirnya penantian aku setelah sekian lama membuahkan hasil!!! sebab akhirnya doktor aku yang cantik tuh tanggalkan jugak bracket yg juga dipanggil besi aKa pagar oleh orang2 sekeliling aku 27 Februari 2015.. Tak akan aku lupakan.

R.E.T.A.I.N.E.R ON

Sebenarnya aku x pernah expect langsung yang pemakaian retainer ni akan ambil masa lama. Paling lama pun ak ingt 2 tahun. Tapi, semalam aku try la google pasal retainer dan pengalaman blogger2 lain. Jangkaanku meleset. pemakaian retainer memerlukan masa seumur hidup. hehe.. kenapa? sebab, 

FYI! 

Retainer berfungsi sebagai alat untuk mengekalkan susunan gigi setelah dibaiki oleh braces.Ia mengambil masa hampir setahun bagi ligamen periodontal memejal ke posisi baru mereka setelah braces ditanggalkan. Oleh itu, amatlah disarankan memakai retainer setelah tamat tempoh rawatan braces seperti yang disarankan pakar orthodontik anda. Jika anda meninggalkan atau berhenti memakai retainer, gigi anda berkemungkinan untuk kembali kepada posisi asal (sebelum rawatan braces) seperti lebih tidah tersusun dan jurang antara gigi lebih ketara.

 Kebanyakan orthodontic menasihatkan pesakit mereka agar memakai retainer 24/7 untuk beberapa bulan terawal dan kemudian hanya pada waktu malam. Selepas beberapa tahun, anda boleh mengurangkan pemakaian retainer dengan beberapa malam seminggu tetapi anda tidak boleh berhenti sepenuhnya.
Ketika anda baru memakai retainer, anda mungkin akan merasa pelik atau tidak selesa di dalam mulut anda. Pastikan anda memberitahu orthodontik anda jika terdapat mana-mana bahagian yang melekat atau tidak selesa kerana mereka boleh melaraskan retainer tersebut supaya lebih selesa. Anda mungkin mendapati anda bercakap sedikit pelat atau pelik ketika baru memakai retainer. Jangan bimbang, dalam tempoh lebih kurand sebulan, anda dapat membiasakan didi dengan penggunaannya dan pertuturan anda akan bertambah baik.

R.E.T.A.I.N.E.R ADA 3 JENIS!

 1. Retainer Hawley - Diperbuat daripada logam dan akrilik. Wayar akan dibengkokkan ke dalam akrilik atau plastik. Wayar akan melilit seluruh bahagian hadapan gigi manakala acuan akrilik akan dimuatkan dengan menyeluruh di dalam mulut anda. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna dan gaya . Retainer ini mudah dilaras, senang dicuci serta tahan lama.




2. Retainer Essix - Retainer ini diperbuat daripada plastik lutsinar dan menyerupai Invisalign. Braces ini tidak terlalu menonjol atau seperti tidak kelihatan langsung pada si pemakai. Retainer ini perlu diganti setelah beberapa tahun. Ia lebih selesa digunakan dalam pertuturan atau komunikasi harian. (Ni yang aku pakai skang. Nak cakap memang x selesa, but dont worry okey. Sebab sekejap je rasa mcm tuh. T lama lama okey dah.)



3. Retainer kekal -  Retainer ini kekal sepanjang masa di dalam mulut anda kerana ia akan digam di belakang gigi anda. Biasanya retainer jenis ini akan diletakkan di belakan enam gigi depan yang lebih rendah. Retainer ini kadang-kadang menyebabkan anda sukar untuk floss dan mungkin menganggu lidah. Retainer ini juga tidak dapat dilihat.



No comments:

Post a Comment